Make your own free website on Tripod.com

Tadika Anakku

Pengenalan
Matapelajaran
Hubungi Kami
Lokasi Tadika
Gambar Kenangan
Misi dan Visi
Aktiviti Tadika
Gambar Konvo

logo_tadika_anakku.jpg

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB TADIKA ANAKKU
 
  1. PENGENALAN

TADIKA ANAKKU adalah sebuah Tadika yang menekankan Pendidikan Agama Islam, di samping mengajar Asas Mata Pelajaran Akademik seperti Pra Bacaan, Pra Tulisan, Pra Matematik, Pra Sains dan lain-lain lagi

 

  1. OBJEKTIF

 

a.                   Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

 

b.                  Melahirkan generasi yang mencintai Allah dan Rasul.

 

c.                   Menanamkan nilai-nilai Islam ke dalam jiwa anak-anak dalam kehidupan harian.

 

  1. PERSEKOLAHAN

 

TADIKA ANAKKU diadakan dalam satu sesi sahaja.

 

3.1              Pra 1 (4 Tahun),

3.2               Pra 2 (5 Tahun)

3.3              Pra 3 (6 Tahun)

 

Hari Isnin – Khamis

 

Jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

# Jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

Wudhu’ dan Sholat

 

Hari Jumaat

 

Jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

 

  1. YURAN BULANAN

 

Yuran yang di kenakan adalah seperti berikut :-

 

a)         Yuran Pendaftaran  RM40.00

b)         Yuran Bulanan        RM60.00

c)         Harga Buku          +-RM110.00

 

Catatan : Yuran bulanan di bayar pada tiap-tiap awal bulan

 

 5.  PAKAIAN Lelaki

 

Baju Melayu Johor warna biru muda.

Seluar panjang warna biru kehitaman.

Bersongkok.

 

Perempuan

 

Baju Mini Jubah warna biru muda.

Seluar panjang warna biru kehitaman dan bertudung putih.

 

  1. MATAPELAJARAN

 Antara matapelajaran yang diajarkan ialah seperti berikut :-

 

Bahasa Melayu             Sains

Bahasa Inggeris           Husna Mental Arismetik

Bahasa Arab                Jawi

Pengetahuan Islam      Iqra’

Pendidikan Seni          PJK

 

  1. DISIPLIN

 7.1              Berdikari

 

            Sedaya upaya kita menanamkan semangat berdikari kepada setiap anak. Untuk membantu usaha ini, ibubapa dinasihatkan supaya tidak menunggu di luar Bilik Darjah atau menjenguk ke dalam  Bilik Darjah waktu Guru mengajar kerana perbuatan seprti ini boleh mengalih perhatian anak-anak daripada Guru-Guru mereka. Lagipun anak-anak yang di tunggu akan menjadi terlalu ‘manja’ dan susah di asuh. Kerjasama ibubapa dalam hal ini sangat-sangat di hargai.

 

7.1              Ketetapan Masa

 

            Anak-anak biasanya mencontohi ibubapa dalam segala hal. Menghargai masa adalah satu asas disiplin yang baik. Oleh itu ketetapan masa menghantar jam 7.30 pagi dan mengambil ana-anak ke/dari sekolah jam 11.30 pagi adalah sangat penting dan sangat kami hargai.

 

7.2              Tidak Hadir Sekolah

 

Ibubapa adalah di gesa supaya memastikan kehadiran anak-anak ke Tadika setiap hari kecuali mereka sakit dan demam. Itupun Guru Darjah atau Guru Besar perlu di beritahu.

 

7.3              Berhenti Secara Automatik

 

            Sekiranya seorang murid tidak hadir selama 3 minggu berturut-turut dan ibubapa tidak memberitahu pihak Tadika sebab-sebab anak itu tidak hadir maka nama anak itu di akan potong dari Pendaftaran secara Automatik.

 

8.                  Makanan dan Minuman

 

Pihak Tadika tidak akan menyediakan makanan / minuman untuk anak-anak. Anak-anak di minta supaya membawa bekalan masing-masing.

 

9.                  Cuti

 

            Cuti penggal adalah mengikut cuti penggal sekolah biasa atau mengikut cuti yang di istiharkan oleh Pengurusan Tadika.

 

10.              Jawatankuasa Ibubapa dan Guru (PIBG)

 

            Tadika Kami akan menubuhkan satu Jawatankuasa Ibubapa/Guru-guru bagi mengendalikan beberapa kegiatan dan projek-projek Tadika seperti berikut:-

 

a.       Gotong-royong

b.      Majlis Ikhtifal

c.       Sukan Tahunan / Hari Keluarga / Pasaria

d.      Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah

 

11.              Sokongan dan Kerjasama

 

            Semasa dalam kelas anak-anak akan di jaga dan di didik oleh guru-guru Tadika. Adalah di harapkan ibubapa / penjaga akan terus memberikan penjagaan dan pendidikan selepas itu. Dari masa ke semasa pihak pengurusan Tadika mengharapkan sokongan, bantuan dan kerjasama dari ibubapa/penjaga dalam semua lapangan dan kegiatan demi kebaikan dan kebajikan anak-anak / pelajar-pelajar.

 

Harap mendapat perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan.

 

“Setiap anak dilahir dalam keadaan fitrah (suci  bersih), orangtuanyalah yang mencoraknya samada dia nak jadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

(Al-Hadis)

 

pelajar_konvo_2007.jpg
Terima kasih atas kunjungan anda, segala cadangan yang membina sangat kami hargai.

Anda boleh e-mail kami di :

Bangunan Madrasah Al-Mustaqim, Surau Al-Mustaqim, R.P.R. Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia
Tel : 086-325475